BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »

Tuesday 19 July 2011

Manchester United mengintai kelibat jelmaan Kaka sebagai pengganti Scholes



Mengikut artikel akhbar The people, Manchester United kini dikatakan sedang berusaha menandatangani pemain tengah Santos, Paolo Henrique Ganso.
Akhbar The sunday pula melaporkan bahawa bidaan United terhadap pemain berusia 21 tahun itu akan mencapai satu perjanjian melibatkan pemain itu ke juara Liga Inggeris itu selesai sahaja pemain itu beraksi di Piala Kelab Dunia tahun ini.
Bagaimanapun, Santos telah meletakkan tanda harga bernilai  £45 juta tetapi pemain itu boleh meninggalkan kelab itu sekitar  £25 juta berdasarkan kompromi bersama ejen Ganso sendiri.
Akhbar The People mendakwa beberapa sumber yang rapat dengan pemain yang disamakan jelmaan baru Kaka itu telah dicadangkan berpindah ke Liga Seria A yang menghampirkan beliau untuk menyertai AC Milan sebagai pilihan utama setakat ini.
Bagaimanapun, jika nilai bidaan diambil kira, AC Milan dilihat tidak mempunyai kekuatan sumber kewangan sekiranya Manchester United meletakkan harga belian yang lebih tinggi.
Pengurus pasukan berpangkalan di Old Trafford, Alex Fergusson pula dikatakan telah menghantar ejen pencari bakat untuk meninjau prestasi Ganso dan sehingga setakat ini, semua laporan positif berkenaan Ganso telah diterima.
Pemain kelahiran Brazil sedia ada di United seperti Anderson dan pasangan kembar Da Silva berasa bangga sekiranya Ganso menyertai United manakala seorang lagi pemain Amerika Selatan, Valencia juga turut memuji usaha pengambilan Ganso dalam pasukan.
Sehingga setakat ini, Fergusson masih mencari-cari pemain tenagh yang kreatif untuk menggantikan posisi Paul Scholes yang telah mengambil keputusan bersara di hujung musim lepas.
Manchester United sebelum ini telah dikaitkan untuk membeli bintang Inter Milan, Wesley Sneijder dan juga perancang Spurs, Luka Modric tetapi sehingga kini usaha mereka masih buntu.

**sumber :
http://www.sportsvibe.co.uk/news/football/manchester-united-look-to-25m-midfielder-dubbed-new-kaka-as-scholes-successor-9346/?

0 comments: