BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Layouts »

Wednesday 20 July 2011

Man Utd berlatih di Nike World HQ (Portland, Oregon)

Man Utd meneruskan persediaan US Tour mereka dengan mengadakan lawatan di Nike World Headquarters di Portland, Oregon. Penerbangan jangka masa pendek merka dari Seattle, Washington State ke Beaverton, Washington County kelihatan bersedia melalui 1 kemenangan daripada 5 perlawanan yang diaturkan dan akan menentang pasukan Seattle Sounders pada hari Rabu ini.
Selepas dibawa ke beberapa majlis yang melibatkan penajaan, akhirnya pasukan ini telah dibawa ke kampus sukan terbaik di dunia, iaitu Nike World Headquaters. Alex Ferguson dan stafnya kelihatan telah menggunakan semua kemudahan dan fasiliti di situ.
Berikut adalah beberapa bahan bergambar yang diterima oleh beritamanchesterunitedunofficial.blogspot.com untuk ditonton bersama.













** sumber :
http://www.united-latest.com/1/post/2011/07/united-train-at-nike-world-hq-portland-oregon.html?

Berbatov diketepikan kerana kecederaan buku lali


Dimitar Berbatov dijangka akan diketepikan untuk perlawanan kedua sempena rangka lawatan kelab itu ke US selepas mengalami kecederaan buku lali.
Pemain Bulgaria itu dilaporkan mengalami kecederaan semasa sedang mengikuti sesi latihan semalam dan dikatakan tidak mampu untuk berjalan sebagai persediaan menentang kelab Seattle Sounders.
Bagaimanapun kecederaan beliau disahkan oleh doktor pasukan sebagai tidak serius.
Ini merupakan satu tamparan hebat buat Berbatov sendiri selepas kegagalannya memikat Ferguson untuk merebut tempat dalam perlawanan akhir Champion League musim lepas menentang Barcelona.

** sumber :
http://www.manchesterunited-mad.co.uk/news/tmnw/berbatov_picks_up_ankle_injury_687712/index.shtml?

Tuesday 19 July 2011

Ashley Young adalah Giggs baru : 10 pemain yang gagal dibandingkan dengan pemain legenda


Ashley Young : "Ryan Giggs baru"
Selepas perpindahannya dari Aston Villa ke Manchester United, Ashley Young telah disebut-sebut oleh Aidy Boothroyd sebagai pemain yang pasti akan dapat mengisi posisi Giggs.
Berikut disenaraikan beberapa nama besar yang turut dibandingkan dengan pemain yang bertaraf legenda, tetapi diisytiharkan gagal menyinar.

Zidane baru : Bruno Cheyrou

Maradona baru : Ariel Ortega

George Best baru : Norman Whiteside

Pele baru : Nii Lamptey

Kenny Daglish baru : Nigel Clough

Roy Keane baru : Joey Barton

Thierry Henry baru : Ryan Babel

David Beckham baru : David Bentley

John Barnes baru : Rod Thomas

Roberto Carlos baru : Emilio Izaguirre


** sumber :
http://www.talksport.co.uk/magazine/top-ten/2011-06-24/ashley-young-new-ryan-giggs-10-players-unfairly-compared-legend

Gaji Sneijder bukan isu ketika Rooney mengalu-alukan kedatangannya ke Old Trafford


Wayne Rooney dilaporkan telah bertemu dengan pengurus Man Utd, Sir Alex Ferguson dan menyatakan beliau tiada masalah sekiranya gaji yang akan diterima oleh Wesley Sneijder lebih tinggi daripada beliau sendiri.
Akhbar The People menyatakan bahawa pemain kebangsaan England itu sangat berbangga jika Sneijder menyertai pasukan sekiranya persetujuan dapat dicapai.
Satu sumber yang rapat dengan pemain ini menjelaskan tidak masuk akal sekiranya ada pemain lain yang berpendapatan lebih tinggi daripada Rooney kerana Rooney mahu dirinya kekal sebagai pemain paling tinggi pendapatannya di United.

** sumber :
http://www.click-manchester.com/sport/manchester-united/1213715-sneijder-wages-no-issue-as-rooney-welcomes-dutchman-move-to-manchester-united.html?

Gambar pemain Man Utd dalam perjalanan ke Seattle

Berikut ialah beberapa keping gambar pemain Manchester United yang kini dalam rangka lawatan Jelajah US.








** sumber :
http://therepublikofmancunia.com/pictures-united-on-the-way-to-seattle/

Oliver Gill tolak kontrak, mahu belajar ekonomi di Durham


Sebagai pemain pertahanan muda di Manchester United, anda pasti berharap Gill akan mengikut jejak pemain legenda United sebelum ini seperti Steve Bruce dan Gary Pallister.
Berpeluang untuk turun dalam perlawanan Liga Inggeris musim lepas menentang pasukan Bolton dan West Ham pasti akan membuka ruang untuk beliau beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.
Bagaimanapun, akhirnya Gill telah mengikut jejak bapanya yang juga ketua eksekutif Manchester United, David dalam bidang ekonomi dan telah mendaftarkan dirinya mengikuti pengajian di Universiti Durham.
Gill, 20 tahun telah ditawarkan kontrak baru selepas ditabalkan sebagai Pemain Tahunan untuk pasukan Liga Simpanan United.
Pada musim lepas dia pernah menghadapi dilema yang sama tetapi mengambil keputusan untuk kekal dalam kelab dan telah diberi peluang bermain 4 perlawanan semasa dipinjamkan kepada pasukan Bradford. 12 bulan kemudian bagaimanapun, Gill mengambil keputusan menggantung but dan menyambung pengajiannya di Universiti Durham.
Bapanya ialah seorang pelatih akauntan dan menyertai United pada 1997 sebagai pengarah kewangan sebelum dinaikkan pangkatnya.

**sumber :
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2016555/Oliver-Gill-turns-Manchester-United-university.html?

United simpan Cleverly dan Welbeck

Tom Cleverly

Sir Alex Ferguson yakin bahawa Tom Cleverly pasti akan mengikut jejak Danny Welbeck untuk tersenarai dalam skuad kebangsaan England dan oleh kerana itu, beliau mengesahkan kedua-dua pemain muda itu tidak akan diberi status pemain pinjaman kepada kelab lain di musim akan datang.
Welbeck, 20 telah diberi kesempatan bermain untuk bermain dengan England pada bulan Mac lalu selepas menyertai Sunderland secara pinjaman untuk tempoh yang lama dan berjaya menjaringkan 6 gol dalam 21 perlawanan.
Cleverly juga turut mendapat kelebihan hasil pengalamannya di bawah kendalian pengurus Wigan, Roberto Martinez dan berjaya membantu pasukan tersebut terus kekal bermain dalam Liga Inggeris musim depan.
Bagaimanapun Ferguson menegaskan bahawa mereka tidak akan diberi pinjam lagi untuk musim akan datang selain menambah peluang untuk diberi status pemain pinjaman adalah satu kelebihan dan membuat mereka gembira kerana berpeluang untuk bermain dalam permainan.
Cleverly kini bakal menyaksikan dia akan berebut posisi tengah bersama pemain United yang lebih berpengalaman seperti Anderson, Carrick, Fletcher, Park Ji Sung, Gibson dan Ryan Giggs. Tetapi Ferguson yakin bahawa pemain berusia 21 tahun itu pasti akan mengikut jejak Welbeck, menjadi pemain kebangsaan England.

**sumber :
http://www.skysports.com/story/0,19528,11661_7047844,00.html?

Pemain sayap Manchester United semakin hampir menyertai Hull City


Hull City dilaporkan sedang berunding dengan pengurusan Man United untuk perpindahan secara pinjaman terhadap pemain muda bereputasi tinggi, Robbie Brady mengikut skysports.com.
Pasukan bergelar The Tigers itu kini dalam usaha memperkuatkan skuad mereka bagi menghadapi cabaran dalam Kejuaraan Npower dan di bawah pengurusan Nigel Pearson, mereka telah mengenal pasti Brady sebagai pemain yang boleh membantu mereka di KC Stadium.
Brady turut dinilai sebagai pemain yang berpotensi tinggi oleh Ferguson namun beliau berpendapat pemain kebangsaan Republik of Ireland itu memerlukan pengalaman sebelum boleh diberi tempat dalam kesebelasan utama The Red Devils.
Dengan adanya nama besar seperti Luis Nani, Antonio Valencia, Park Ji Sung dan juga Ashley Young dalam pasukan, sudah pasti akan menghadkan peluang Brady dalam kesebelasan utama pasukan.

**sumber :
http://www.givemefootball.com/premier-league/united-winger-edges-closer-to-city-switch---report?

Manchester United mengintai kelibat jelmaan Kaka sebagai pengganti Scholes



Mengikut artikel akhbar The people, Manchester United kini dikatakan sedang berusaha menandatangani pemain tengah Santos, Paolo Henrique Ganso.
Akhbar The sunday pula melaporkan bahawa bidaan United terhadap pemain berusia 21 tahun itu akan mencapai satu perjanjian melibatkan pemain itu ke juara Liga Inggeris itu selesai sahaja pemain itu beraksi di Piala Kelab Dunia tahun ini.
Bagaimanapun, Santos telah meletakkan tanda harga bernilai  £45 juta tetapi pemain itu boleh meninggalkan kelab itu sekitar  £25 juta berdasarkan kompromi bersama ejen Ganso sendiri.
Akhbar The People mendakwa beberapa sumber yang rapat dengan pemain yang disamakan jelmaan baru Kaka itu telah dicadangkan berpindah ke Liga Seria A yang menghampirkan beliau untuk menyertai AC Milan sebagai pilihan utama setakat ini.
Bagaimanapun, jika nilai bidaan diambil kira, AC Milan dilihat tidak mempunyai kekuatan sumber kewangan sekiranya Manchester United meletakkan harga belian yang lebih tinggi.
Pengurus pasukan berpangkalan di Old Trafford, Alex Fergusson pula dikatakan telah menghantar ejen pencari bakat untuk meninjau prestasi Ganso dan sehingga setakat ini, semua laporan positif berkenaan Ganso telah diterima.
Pemain kelahiran Brazil sedia ada di United seperti Anderson dan pasangan kembar Da Silva berasa bangga sekiranya Ganso menyertai United manakala seorang lagi pemain Amerika Selatan, Valencia juga turut memuji usaha pengambilan Ganso dalam pasukan.
Sehingga setakat ini, Fergusson masih mencari-cari pemain tenagh yang kreatif untuk menggantikan posisi Paul Scholes yang telah mengambil keputusan bersara di hujung musim lepas.
Manchester United sebelum ini telah dikaitkan untuk membeli bintang Inter Milan, Wesley Sneijder dan juga perancang Spurs, Luka Modric tetapi sehingga kini usaha mereka masih buntu.

**sumber :
http://www.sportsvibe.co.uk/news/football/manchester-united-look-to-25m-midfielder-dubbed-new-kaka-as-scholes-successor-9346/?

Pasukan Guangzhou Evergrande berminat membeli Park Ji Sung


Pasukan yang beraksi dalam Liga Super China itu dilaporkan cuba memancing pemain tengah Manchester United berbangsa Korea dengan nilai gaji 2 kali ganda berbanding yang diterimanya ketika ini. Park Ji Sung, 30 tahun, yang kontraknya akan berakhir pada musim 2011 - 2012 dilaporkan cuba dipancing dengan nilai gaji  8 juta semusim.
Pasukan Guangzhou yang dimiliki oleh jutawan hartanah kumpulan Evergrade iaitu Xu Jiayin, mengikut laporannya, telah berjaya menandatangani pemain Argentina, Dario Conca dalam perjanjian yang kononnya dipercayai yang ketiga tertinggi di dunia dibayar di belakang Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo 2 minggu lepas.
Bagaimanapun, spekulasi ini dinafikan sendiri oleh Park Ji Sung melalui Sunday Mirror dengan menyatakan beliau tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk meninggalkan United.
Beliau berkata, "adalah tidak benar sama sekali saya akan meninggalkan Manchester United. Saya mahu tinggal di sini dan tidak mempunyai sebab untuk meninggalkan kelab ini. Sudah tentu saya mahu terus bersama kelab ini. Kenapa tidak? Ini ialah kelab terbaik di dunia", katanya.
Sokongan besar-besaran dalam Liga Super china pada kebelakangan ini juga menyaksikan Guangzhou telah membawa masuk Conca dan penyerang kelahiran Brazil, Cleo dari kelab Partizan Balgrade selain pemain kebangsaan Korea Selatan, Cho Won-Hee yang pernah menimba bermain di Wigan. Kelab ini kini mendahului dalam Liga Super China dengan 9 mata tanpa sebarang kekalahan

**sumber :
http://www.goal.com/en/news/14/asia/2011/07/19/2581053/chinese-big-spenders-guangzhou-evergrande-in-audacious-bid